SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH




Awal merdeka sebuah sekolah telah dibuka di Estet Ladang Union dengan nama Sekolah Kebangsaan Ladang Union dengan tiga tenaga pengajar pada masa itu. Pembukaan beberapa perkampungan baru di sekitar Estet Ladang Union telah menyebabkan fizikal sekolah tidak mampu untuk menampung pertambahan bilangan murid.






Sekolah Kebangsaan Ladang Union yang berdindingkan papan menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang selesa. Keprihatinan kerajaan di dalam soal ini di samping desakan penduduk setempat untuk mendapatkan bangunan sekolah yang baru akhirnya berjaya membina sebuah sekolah baru di satu kawasan seluas 5 hektar di Kampung Sri Sepakat yang jauhnya kira-kira 3 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Ladang Union.






Awal tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Ladang Union dikosongkan dan semua operasi bermula di sekolah yang baru dengan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya. Kesemua guru dan murid berpindah ke sekolah yang baru.






Pada asalnya Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik media, perpustakaan, enam bilik darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah kantin dan sebuah makmal sains yang diubahsuai.






Pada hari ini dalam tahun 2008, Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya telah mempunyai sebuah makmal komputer, sebuah bangunan prasekolah dan bangunan pondok pengawal.






Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya pada hari ini menampung seramai 109 orang murid dengan seramai 11 orang tenaga pengajar, seorang kerani, seorang pembantu prasekolah, dua orang pengawal (kontrak), dan tiga orang pekerja am (kontrak).






Usaha–usaha bersama JKKK setempat terus dijalankan untuk menambah bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya dengan usaha terbaru ialah membina jambatan di Kampung Sri Sepakat bagi menghubungkan sebuah estet iaitu Estet Ladang Simpang Kiri. Sebagai pengetahuan Estet Ladang Simpang Kiri terletak di Mukim 17 Chaah Baru hanya kira-kira 3 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya. Sebelum ini kesemua anak-anak pekerja Estet Ladang Simpang Kiri bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh yang jauhnya kira-kira 8.5 kilometer. Adalah dijangkakan apabila siapnya jambatan yang sedang dalam pembinaan ini akan membolehkan kira-kira seramai 30 orang murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya. Semua usaha ini dijalankan adalah kerana Sekolah Kebangsan Sepakat Jaya mempunyai semua kemudahan Pengajaran & Pembelajaran.





Gambar 1: Bangunan Sekolah Ladang Union.



                    Gambar 2: Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Ladang Union.











Gambar 3: Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Ladang Union












Gambar 4: Suasana pengajaran dan pembelajaran

















Gambar 5: Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Ladang Union.













Gambar 6: Keadaan luar Sekolah Kebangsaan Ladang Union.













Gambar 7: Keadaan luar Sekolah Kebangsaan Ladang Union.











Gambar 8: Guru dan Murid SK Sepakat Jaya pada awal 90-an













Gambar 9: Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya pada awal 90-an











Gambar 10: Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya pada awal 90-an













Gambar 11: Makmal Komputer SK Sepakat Jaya.











Gambar 12: Pondok













Gambar 13: Bangunan Sekolah













Gambar 14: Bangunan Prasekolah SK Sepakat Jaya